Al-Imran, dari Ayat 131~140
131. Dan hendaklah kamu
takut kepada neraka yang disediakan untuk kafirin.
132. Dan taat lah kepada
Allah dan Rasul itu, supaya kamu diberi rahmat.
133. Dan berlumba-lumba lah
kepada keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya seluas langit-langit
dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti.
134. Yang menderma diwaktu
senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah itu kasih
kepada mereka yang berbuat kebajikan.
135. Dan yang, apabila telah berbuat kejelekan atau menganiayai
diri-diri sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan
dosa-dosa mereka – dan bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah ? – dan mereka tidak berkekalan atas kejelekan yang mereka kerjakan, dan
mereka tahu.
136. Mereka itu balasan nya
ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir padanya
sungai-sungai, yang mereka akan kekal padanya, dan alangkah baik balasan bagi
orang-orang yang bekerja ! .
137. Sesungguhnya telah lalu
dahulu dari kamu beberapa contoh-contoh,
lantaran itu hendaklah kamu berjalan-jalan dibumi dan lihat bagaimana
akibat mereka yang mendustakan.
138. Quran ini satu
penerangan bagi manusia dan satu pimpinan, dan satu nasihat untuk mereka
berbakti.
139. Dan janganlah kamu
lemah dan jangan lah kamu berdukacita, kerana kamulah orang-orang yang paling
tinggi, jika kamu memang orang-orang yang beriman.
140. Jika kamu disentuhi
luka, maka kaum itu pun disentuhi luka seperti itu, dan hari-hari yang
demikian, kami edarkan diantara manusia, dan kerana Allah hendak membuktikan
mereka yang beriman dan hendak menjadikan dari antara kamu,
penyampai-penyampai, dan Allah tidak kasih kepada orang-orang yang zalim.
141. Kerana Allah
hendak menyaring mereka yang beriman dan
hendak menghapuskan kafirin.
142. Apakah kamu sangka,
bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal
Allah belum buktikan mereka yang bekerja keras dari antara kamu dan belum
buktikan mereka yang sabar ?
143. Dan sesungguhnya kamu pernah harap-harap mati sebelum kamu
menghadapinya. Maka sesungguhnya sekarang kamu telah ketahui dan kamu sedang
melihat.
144. Dan Muhamad itu tidak
lain melainkan seorang Rasul yang lalu dahulu daripada nya beberapa Rasul, Apakah jika ia mati atau
terbunuh, kamu akan berpaling atas tumit-tumit kamu ? pada hal barang siapa
berpaling atas dua tumitnya, maka tidak
akan ia menyusahkan Allah sedikit jua pun, dan Allah akan balas mereka yang
menerima kasih.
145. Dan tidak ada satu pun
jiwa akan mati melainkan dengan izin Allah – tulisan yang ditentukan tempoh
nya, dan barang siapa mahu ganjaran dunia, kami akan beri kepada nya daripada ganjaran dunia itu, dan barang siapa mahu ganjaran Akhirat, kami
akan beri kepada nya dariapda ganjaran akhirat itu, dan kami akan balas mereka yang bershukur.
146. Dan beberapa banyak nabi yang telah berperang
bersamanya beberapa banyak pengikut
agama Tuhan, tetapi mereka tidak meresa lemah lantaran kena bahaya dijalan Allah, dan mereka tidak jadi
lesu dan mereka tidak mundur, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang sabar.
147. Dan tidak ada ucapan
mereka melainkan perkataan; “hai Tuhan
kami ! ampunkan lah dosa-dosa kami dan perlewatan batas kami dalam urusan kami
dan tetapkan kaki-kaki kami dan tolonglah kami atas mengalahkan kaum kafirin”.
148. Maka Allah beri kepada
mereka ganjaran dunia dan ganjaran akhirat yang baik, dan Allah itu kasih
kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
149. Hai orang-orang yang beriman ! jika kamu taat kepada mereka yang kafir
itu, nescaya mereka paling kamu atas tumit-tumit kamu, maka kamu akan terpaling
didalam keadaan rugi.
150. Bahkan Allah itu pengawal kamu, dan ia sebaik-baik
penolong.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/BeraniNiaga/status/658262461775130624