Thursday, 21 February 2019

Al-Imran Ayat 109

4.3.109
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 109:


.
Ringkasan tafsir;

Setelah Allah jelaskan pada ayat diatas (4.3.108), bahawa Allah tidak akan menganiaya kepada sesiapa pun dari kalangan hamba Nya.  Lalu menyatakan pula sifat kesempurnaan Nya, dengan menunjukan kebesaran Nya, tentang langit dan bumi dengan segala isinya itu adalah kepunyaan Nya dan segala urusan semua makhluk Nya akan terpulanglah kepada Nya untuk menguruskan nya.



[previous][next][home]



RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan,
101~110,
[GS]   
https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      




Sunday, 25 October 2015

Khatam Surah Al-IMRAN

Al-Imran, dari  Ayat 131~140

131. Dan hendaklah kamu takut kepada neraka yang disediakan untuk kafirin.

132. Dan taat lah kepada Allah dan Rasul itu, supaya kamu diberi rahmat.

133. Dan berlumba-lumba lah kepada keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya seluas langit-langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti.

134. Yang menderma diwaktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah itu kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan.

135. Dan yang, apabila telah berbuat kejelekan atau menganiayai diri-diri sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka – dan bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah ? – dan mereka tidak berkekalan atas kejelekan yang mereka kerjakan, dan mereka tahu.

136. Mereka itu balasan nya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, yang mereka akan kekal padanya, dan alangkah baik balasan bagi orang-orang yang bekerja ! .

137. Sesungguhnya telah lalu dahulu dari kamu beberapa contoh-contoh,  lantaran itu hendaklah kamu berjalan-jalan dibumi dan lihat bagaimana akibat  mereka yang mendustakan.

138. Quran ini satu penerangan bagi manusia dan satu pimpinan, dan satu nasihat untuk mereka berbakti.

139. Dan janganlah kamu lemah dan jangan lah kamu berdukacita, kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu memang orang-orang yang beriman.

140. Jika kamu disentuhi luka, maka kaum itu pun disentuhi luka seperti itu, dan hari-hari yang demikian, kami edarkan diantara manusia, dan kerana Allah hendak membuktikan mereka yang beriman dan hendak menjadikan dari antara kamu, penyampai-penyampai, dan Allah tidak kasih kepada orang-orang yang zalim.


141. Kerana Allah hendak  menyaring mereka yang beriman dan hendak menghapuskan kafirin.

142. Apakah kamu sangka, bahawa kamu  akan masuk syurga, pada hal Allah belum buktikan mereka yang bekerja keras dari antara kamu dan belum buktikan mereka yang sabar ?

143. Dan sesungguhnya  kamu pernah harap-harap mati sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya sekarang kamu telah ketahui dan kamu sedang melihat.

144. Dan Muhamad itu tidak lain melainkan seorang Rasul yang lalu dahulu daripada nya  beberapa Rasul, Apakah jika ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling atas tumit-tumit kamu ? pada hal barang siapa berpaling atas dua tumitnya,  maka tidak akan ia menyusahkan Allah sedikit jua pun, dan Allah akan balas mereka yang menerima kasih.

145. Dan tidak ada satu pun jiwa akan mati melainkan dengan izin Allah – tulisan yang ditentukan tempoh nya, dan barang siapa mahu ganjaran dunia, kami akan beri kepada  nya daripada ganjaran dunia itu,  dan barang siapa mahu ganjaran Akhirat, kami akan beri kepada nya dariapda ganjaran akhirat itu,  dan kami akan balas mereka yang bershukur.

146. Dan beberapa  banyak nabi yang telah berperang bersamanya  beberapa banyak pengikut agama Tuhan, tetapi mereka tidak meresa lemah lantaran kena  bahaya dijalan Allah, dan mereka tidak jadi lesu dan mereka tidak mundur, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang sabar.

147. Dan tidak ada ucapan mereka melainkan perkataan;  “hai Tuhan kami ! ampunkan lah dosa-dosa kami dan perlewatan batas kami dalam urusan kami dan tetapkan kaki-kaki kami dan tolonglah kami atas mengalahkan kaum kafirin”.

148. Maka Allah beri kepada mereka ganjaran dunia dan ganjaran akhirat yang baik, dan Allah itu kasih kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.

149. Hai orang-orang yang beriman ! jika kamu taat kepada mereka yang kafir itu, nescaya mereka paling kamu atas tumit-tumit kamu, maka kamu akan terpaling didalam keadaan rugi.

150. Bahkan  Allah itu pengawal kamu, dan ia sebaik-baik penolong.


Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1

Following Twitter,
[] https://twitter.com/BeraniNiaga/status/658262461775130624

Monday, 17 August 2015

Ulasan Surah Al-Ashr.



Surah 103:   
 
AL ‘ASHR (masa).

Surah Al’Ashr terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Alam Nasyrah

Dinamai Al’Ashr (masa) diambil dari perkataan Al’ashr yang terdapat pada ayat pertama surah ini.



Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al’Ashr (1~3)
,      
[BS]
http://p85pekan.blogspot.com/2013/10/103.html


[Previous] [Next] [Home]
.